‘Orang dah sibuk dengan AI, perang geopolitik dunia. Kita pula terperangkap dengan minda 1994’

Iklan
Tujuan minggu orientasi adalah untuk membantu pelajar baharu menyesuaikan diri dengan kehidupan akademik dan sosial di kampus serta mengenali rakan-rakan dan pensyarah. Foto: Facebook UTHM. Gambar kecil: Dr Rozanizam

Minggu orientasi berfungsi sebagai platform untuk pelajar baharu memahami peraturan dan etika institusi, selain mengetahui hak serta tanggungjawab mereka sebagai pelajar.

Melaluinya juga, pelajar baharu dapat mengetahui pelbagai kemudahan yang disediakan seperti perpustakaan, pusat sukan dan bantuan kaunseling.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, minggu orientasi di salah sebuah universiti tempatan dicemari dengan isi kandungan tidak matang barisan fasilitator yang mengendalikan Minggu Destini Siswa mereka.

Walaupun ia sekadar ‘prank’ tetapi slot itu tidak harus diketengahkan kepada umum khususnya pelajar baharu di kampus tersebut.

Iklan

Tulisnya di Facebook pada Selasa, apa yang dilakukan fasilitator seolah-olah terperangkap dengan minda 1994.

"Melintas video kakak-kakak, abang-abang fasi terjerit-jerit buat prank depan mahasiswa baru universiti waktu minggu orientasi.

Iklan

"Orientasi je mesti kena ada joget-joget, poco-poco, team building campur lelaki perempuan. Ceramah sampai seminggu, separuh masa peserta tidur dek kepenatan. Saya dulu 2004, daftar di Adelaide University, daftar pagi kemudian petang dah mula kelas,” catatnya di Facebook.

Maklum Rozanizam, orientasi hanya tentang pembelajaran dan sistem universiti.

"Yang lain belajar sendiri. Tak ada orientasi hafal nama fasi, tak ada jalan itik keliling fakulti, tak ada nyanyi lagu gemuruh jiwa, tak ada sketsa berkumpulan.

Tulis beliau lagi, apa yang dikongsi itu perlu dilihat dengan pemikiran positif.

"Anggaplah ini sudut pandang yang membina. Kita sama-sama bertanggungjawab mencorakkan generasi.

"Sebagai ahli akademik, pakar psikiatri, saya melihat dua-dua sisi. Mereka yang seronok di fasa universiti dan yang berjuang secara emosi. Ada yang kita kena perbaiki dalam sistem pendidikan. Kita semua pemegang taruh. Tak terima tak apa. boleh abaikan," ujarnya.