Belanjawan 2025: RM50 juta bagi PLKN 3.0, RM25 juta buat Program Rakan Muda

Iklan

Kerajaan Madani memperuntukkan RM50 juta kepada Kementerian Pertahanan bagi melaksanakan program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 secara rintis dengan konsep baharu, melibatkan lepasan kadet sekolah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi beruniform lain turut terlibat menjayakan PLKN 3.0, menggunakan prasarana sedia ada dengan kerjasama Akademi Kenegaraan

Iklan
Iklan

Beliau yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan peruntukan RM25 juta bagi Program Rakan Muda, untuk terus dijadikan wadah pembinaan potensi dan identiti belia berjati diri.

"Skim Step Up Financing diperkenalkan di bawah SJKP (Skim Jaminan Kredit Perumahan) sebagai jaminan kerajaan sehingga RM5 bilion, khusus untuk golongan muda yang ingin memiliki rumah pertama.

Iklan

"Skim ini menawarkan kemudahan bayaran balik pinjaman yang lebih rendah bagi tempoh lima tahun pertama," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Anwar berkata, kerajaan melalui TalentCorp menyediakan Geran Padanan RM10 juta di bawah Program Latihan Industri Untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (LiKES), bagi membolehkan syarikat melatih mahasiswa dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) menerusi latihan industri.

Iklan

Beliau berkata sebanyak RM20 juta turut disediakan bagi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) untuk terus menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan. - Bernama