Hanya pelajar lepasan SPM dipanggil sertai PLKN Januari 2025

Iklan
Wujud salah faham berkenaan had umur yang ditetapkan untuk menyertai PLKN hingga menimbulkan keresahan orang ramai.

Hanya pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan terlibat dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dijadualkan bermula Januari 2025, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.

Beliau berkata, wujud salah faham dalam kalangan masyarakat berkenaan had umur yang ditetapkan untuk menyertai PLKN sekali gus menimbulkan keresahan orang ramai berhubung perkara terbabit.

Iklan
Iklan

"Fokus kita tahun hadapan ialah lepasan SPM, contohnya lepas SPM tak boleh hadir sebab beberapa kekangan, (maka) dia boleh hadir hingga usia 35 tahun, itu mengikut akta.

"Tetapi, fokus kita ialah pelajar lepasan SPM, saya rasa di situ ada salah faham tentang kaedah pengambilan. Memang ada keresahan...mereka kata umur 30 sudah bekerja, tidak timbul isu, kita meletakkan akta tujuannya agar mereka diberi sedikit kelonggaran,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Pemerkasaan Usahawan Veteran (PUVET) tentera peringkat negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Adly berkata, bermula Januari tahun hadapan, seramai 1,000 peserta terlibat dengan PLKN dan akan ditempatkan di dua kem latihan.

Iklan

"Dari segi modul pula akan ada penambahbaikan yang kita buat berdasarkan PLKN sebelum ini. Bagi kita apa yang penting apabila mereka keluar PLKN, selain ada semangat jati diri, mereka juga mempunyai kemampuan dan keupayaan yang tinggi untuk memastikan mereka berjaya dalam bidang masing-masing,” katanya. - Bernama