PUCHONG - Sebuah blok asrama di Sekolah Bina Insan, di sini, terbakar pada Rabu.
Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu sekitar pukul 5.23 pagi sebelum sepasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Setibanya di lokasi, didapati terdapat kebakaran melibatkan bangunan asrama kelas A.
"Kebakaran berlaku di tingkat dua dan menyebabkan kerosakan 50 peratus pada struktur bangunan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Iklan
Jelas beliau, bagaimanapun tragedi tidak melibatkan kemalangan jiwa termasuk kecederaan pada pelajar sekolah terbabit.
Tambahnya, punca kejadian masih dalam siasatan.
Keadaan bilik asrama yang terbakar awal pagi tadi.
Iklan