Anak muda perlu dilatih terapkan nilai Islam dalam bidang AI - PM

Iklan
Anwar mengadakan mesyuarat bersama Sheikh Al-Azhar Al-Sharif, Profesor Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb di pejabat Sheikh Al-Azhar Al-Sharif sempena lawatan rasmi empat hari Anwar ke Mesir pada Ahad. Foto Bernama

KAHERAH - Anak-anak muda Islam perlu diperlengkapkan dengan ilmu keagamaan, termasuk al-Quran, selain ilmu dalam bidang teknologi, supaya mereka dapat mengintegrasikan nilai-nilai Islam dalam bidang seperti kecerdasan buatan (AI).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua pelajar Islam di Malaysia diwajibkan untuk membaca 40 hadis Arbain Imam Nawawi bersama terjemahan, yang merupakan kali pertama dalam sejarah.

Iklan
Iklan

Perdana Menteri berkata demikian ketika menyampaikan syarahan umum di Universiti Al-Azhar di sini pada Ahad.

Anwar, yang tiba di sini pada Sabtu untuk lawatan rasmi selama empat hari ke Mesir berkata, Kerajaan Malaysia juga telah bersetuju untuk menambah bantuan dan biasiswa kepada anak-anak Malaysia dalam bidang ilmu Islam, perubatan dan kejuruteraan.

Iklan

Selain itu, beliau berkata, pelajar dari Maahad Tahfiz juga disalurkan ke bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) supaya, selain menguasai bahasa Arab dan al-Quran, mereka dapat memperoleh kemahiran dalam teknologi seperti kejuruteraan, kecerdasan buatan (AI) dan sebagainya. Malah, ada di antara mereka yang berjaya menjadi juruterbang.

"Ini adalah antara program yang sedang dilaksanakan di Malaysia. Bidang-bidang yang saya sebutkan ini luas dan besar," katanya.

Iklan

Dalam pada itu, menerusi perbincangan dengan Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi, bagi meningkatkan hubungan strategik Malaysia dan Mesir ke tahap yang lebih tinggi, Anwar berkata kerjasama telah dimulakan, melibatkan Petronas dalam penyaluran gas di Mesir serta pengeluaran Proton yang dijangka akan dilaksanakan di Mesir sebelum akhir tahun ini. - Bernama