Kembalikan UPSR, PT3? KPM tidak akan berpatah balik! - Fadhlina

Iklan
Fadhlina dalam Persidangan Dewan Rakyat. Foto: Bernama

"Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan berpatah balik dalam keputusan menghapuskan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) kerana ia tidak lagi relevan.

"Tetapi kita beri ruang sepenuhnya untuk Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) berlangsung dan diperkukuhkan dengan jauh lebih baik.

Iklan
Iklan

"Apa pun yang berlaku dalam pendidikan harus dikembalikan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, unsur majunya harus dilihat dalam konteks ia dinilai secara adil," tegas Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Beliau berkata demikian semasa menggulung Belanjawan 2025 bacaan kali kedua peringkat kementeriannya di Dewan Rakyat pada Isnin.

Iklan

Sebelum itu, Isnaraissah Munirah Majilis@Fakharudy (Warisan-Kota Belud) dan Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) mencelah dalam sesi itu dengan meminta pihak kementerian supaya mengembalikan dua peperiksaan terbabit.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, pemansuhan UPSR dan PT3 tidak bermakna peperiksaan itu tidak ada.

Iklan

"(Peperiksaan) masih ada. Disebabkan itu dalam jawapan saya tadi, saya tegaskan kita akan memperkukuhkan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) sebagai sebahagian daripada konteks pentaksiran supaya menjadi penanda aras kepada ibu bapa untuk mengetahui prestasi pendidikan anak," katanya.