Rentas Sungai Golok untuk bersekolah di Malaysia! KPM siasat dakwaan itu

Iklan
Murid-murid dan pelajar mula menunggu bot untuk ke Malaysia dengan caj bot RM1 dengan lima pangkalan haram yang menjadi tumpuan termasuk pangkalan Jambu, Ibrahim Pencen dan Paun. Gambar kecil: Fadhlina.

"Kalau anak-anak ini adalah warga Malaysia, sepatutnya dia bersekolah dalam negara ini dan tidak timbul isu dari segi keselamatan mereka untuk menyeberangi sungai itu."

Itu maklum balas Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengenai laporan akhbar tempatan pada Selasa bahawa hampir 500 murid dan pelajar dari Thailand menjadi pangkalan haram bagi merentasi Sungai Golok setiap hari untuk bersekolah di Malaysia.

Iklan
Iklan

Susulan itu, Fadhlina berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menjalankan siasatan berhubung laporan tersebut.

Tegas menteri itu, sekiranya mereka merupakan warga Malaysia, perkara tersebut tidak berlaku kerana kerajaan telah menyediakan pelbagai akses dan kemudahan pendidikan buat rakyat.

Iklan

""Kalau anak-anak ini adalah warga Malaysia, sepatutnya dia bersekolah dalam Malaysia dan tidak timbul isu dari segi keselamatan mereka untuk menyeberangi sungai itu," katanya selepas majlis pembukaan kedai buku MPH Bookstores pusat beli-belah Alamanda di Putrajaya pada Selasa.

Untuk rekod, seawal 6.30 pagi, murid-murid dan pelajar mula menunggu bot untuk ke Malaysia dengan caj bot RM1 dengan lima pangkalan haram yang menjadi tumpuan termasuk pangkalan Jambu, Ibrahim Pencen dan Paun.

Iklan

Sebelum itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat dilaporkan berkata, polis akan menahan mana-mana rakyat Malaysia yang menggunakan laluan pangkalan haram untuk menyeberangi sempadan Malaysia-Thailand khususnya di sepanjang Sungai Golok bermula 1 Disember ini.

Tegas Mohd Yusoff, pihaknya akan menggunakan Seksyen 5 (2) Akta Imigresen 1959/1963 bagi menahan rakyat Malaysia yang pergi ke Thailand menggunakan jalan tidak diwartakan.

Ditanya mengenai pelajar sekolah dari Thailand dan Malaysia yang keluar masuk menggunakan laluan itu untuk belajar di kedua-dua negara, Mohd Yusoff berkata, mereka juga perlu masuk secara sah melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.

"Perkara itu ada dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa perancangan gerakan negeri berkaitan sempadan negar," katanya.