Algebra bantu pelajar lebih minat dengan STEM

Iklan

Seramai 1,000 pelajar Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di Negeri Sembilan mengikuti latihan intensif selama enam jam berfokus kepada konsep asas Matematik.

Program Mantap Math STEM anjuran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang dimulakan sejak Ogos hingga November 2024, bertujuan meningkatkan penguasaan asas Algebra Matematik pelajar, sekali gus menarik minat mereka terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Iklan
Iklan

Shahrul Badriyah yang mewakili Unit Sains dan Matematik (USM), Sektor Pendidikan Islam (SPI), Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) berkata, program ini direka khusus buat pelajar SABK yang menghadapi kesukaran dalam subjek Matematik.

"Program yang turut mendapat kerjasama Kaizen Improvement Solution bertindak sebagai koordinator, membuktikan keberkesanan pendekatan berstruktur yang kami laksanakan.

Iklan

"Melalui modul Mantap Asas Algebra, pelajar didedahkan kepada latihan intensif selama enam jam yang berfokus kepada konsep asas Matematik," katanya.

Wakil Kaizen Improvement Solution, Dr Muhammad Harith berkata, penilaian menunjukkan kejayaan memberangsangkan apabila 50 peratus pelajar mencatat peningkatan dalam keputusan mereka berdasarkan pre-test dan post-test.

Iklan

"Ini membuktikan keberkesanan pendekatan berstruktur yang kami laksanakan,” ujarnya.

Diharapkan, program Mantap Math STEM ini akan diteruskan dan dikembangkan ke lebih banyak sekolah sebagai persediaan pelajar untuk bersaing dalam bidang STEM kelak.