Industri hospitaliti dalam bidang pembuatan kek, roti dan pastri semakin mendapat perhatian khususnya generasi muda yang mengikuti jurusan itu di universiti.
Ia didorong oleh kemunculan beberapa kafe ‘hipster’ yang menjadi trend sekali gus ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.
Melalui kursus ini, tidak hanya melibatkan pelajar Malaysia, malah menarik minat anak muda dari luar negara untuk berkecimpung dalam bidang seni pastri.
Tahukah anda, bidang ini juga menjadi salah satu cabang kerjaya sekali gus memerlukan seseorang pelajar memiliki skil atau kemahiran.
Kali ini, Sinar Bestari menemu bual tenaga pengajar yang juga Pengarah Program Ijazah Sarjana Muda Seni Patisserie dengan (Kepujian) dari Taylor’s University, Chef Shahril Nizam Shamsudin mengenai kerjaya pembuatan pastri, kek dan roti.
Jom kita lihat!