5 negeri yang tidak 'cuti umum' pada 1 Januari! Jom semak

Iklan
1 Januari iaitu cuti umum rasmi bagi sesetengah negeri akan disambut Rabu untuk tahun 2025.

Cuti Tahun Baharu merujuk kepada cuti umum yang diraikan pada 1 Januari setiap tahun.

Tarikh itu diiktiraf pelbagai negara sebagai hari untuk meraikan permulaan baru sekali gus menjadikannya relevan bagi hubungan antarabangsa, perdagangan dan pentadbiran.

Iklan
Iklan

Memandangkan banyak kerajaan memilih untuk menjadikannya sebagai cuti umum, maka Malaysia juga tidak terkecuali memilih 1 Januari sebagai cuti rasmi yang akan disambut pada Rabu bagi tahun 2025.

Namun begitu, terdapat negeri-negeri yang tidak mengisytiharkan 1 Januari setiap tahun sebagai cuti mereka.

Iklan

Sinar Bestari mendapati, beberapa portal tempatan memaklumkan lima negeri yang tidak mengambil cuti umum pada tarikh tersebut adalah Kelantan, Terengganu, Johor, Kedah dan Perlis.

Difahamkan, negeri-negeri ini mempunyai keutamaan budaya dan wilayah yang unik bagi membentuk jadual cuti umum mereka.

Iklan

Kelantan dan Terengganu misalnya, yang menggunakan Jumaat dan Sabtu sebagai hujung minggu, sering mengutamakan cuti berkaitan tradisi Islam, adat resam dan budaya tempatan berbanding acara global seperti Hari Tahun Baharu.

Walaupun tidak diisytiharkan sebagai cuti umum, ada antara negeri berkenaan tetap menganjurkan sambutan ambang tahun baharu di negeri masing-masing.

Aktiviti seperti festival makanan, doa selamat, majlis keagamaan, pertunjukan bunga api di tempat-tempat ikonik atau kawasan rekreasi, konsert dan persembahan muzik sering dianjurkan bagi memberi peluang masyarakat setempat menikmati suasana malam tahun baharu dengan meriah.