Bantuan Awal Persekolahan (BAP) adalah amanah besar yang mesti digunakan sepenuhnya untuk keperluan anak-anak dan sekolah tidak boleh mengenakan potongan.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, perkara tersebut termasuklah yuran sekolah mahupun yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Mesej ini penting iaitu RM150 itu adalah hak anak-anak.
"Ibu bapa, sebaik sahaja menerima bantuan ini mestilah digunakan sepenuhnya untuk kegunaan dan persiapan persekolahan anak-anak.
"Bagi peringkat sekolah pula, mesti serahkan RM150 ini kepada ibu bapa, dan jangan dipotong-potong. Tidak boleh, mesti diterima ibu bapa atau penjaga,” katanya semasa sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2025 di Kuala Lumpur.
Hadir sama, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan dan Pengarah Pendidikan, Megat Affandi Ismail.
Pemberian BAP berkenaan diberikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) kemudian diagihkan kepada pelajar di sekolah masing-masing.
Sementara itu, Fadhlina berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang menggubal Dasar Pendidikan Wajib Sekolah Menengah, bertujuan mengatasi isu berkaitan kehadiran dan keciciran pelajar sekali gus dapat meningkatkan kualiti pendidikan negara.
Menurutnya, dasar berkenaan dijangka dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang dijadualkan berlangsung bulan depan.
Katanya lagi, pengenalan dasar baharu tersebut antara lain bertujuan mengatasi isu ketidakhadiran pelajar pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan datang.
"Ini antara langkah yang dapat kita laksanakan sebaik mungkin bagi mengatasi isu berkait rapat dengan kehadiran, keciciran dan peningkatan kualiti pendidikan dalam negara.
"Beri kita masa sedikit untuk buat 'conclusion' (rumusan) berkaitan kehadiran (calon SPM 2024) sehingga kertas terakhir, insya-Allah," katanya.

Fadhlina

Iklan
Iklan