'Jangan tolak tolak tawaran MRSM biarpun ada masalah kewangan' - Asyraf Wajdi

Iklan
Asyraf Wajdi berharap para pelajar tidak menolak tawaran ke MRSM biarpun berhadapan masalah kewangan.

Semakan keputusan bagi kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sudah boleh disemak mulai 13 Januari.

Kepada yang berjaya melangkah masuk ke sekolah ini, setinggi-tinggi tahniah diucapkan.

Iklan
Iklan

Semoga peluang berkenaan dimanfaatkan sepenuhnya untuk menimba ilmu, mengasah potensi dan mencipta kejayaan yang membanggakan.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pemohon yang berjaya ke MRSM diharapkan tidak menolak tawaran walaupun berhadapan masalah kewangan.

Iklan

Ujar beliau, pihaknya telah mengeluarkan arahan kepada semua MRSM agar menerima kemasukan pelajar termasuklah dalam kalangan yang kurang berkemampuan.

"Arahan telah diberikan kepada semua (MRSM). Jika ada masalah kewangan seperti tidak dapat membeli baju atau kelengkapan asrama dan sebagainya, MRSM perlu terima pelajar dahulu dan kita akan cari jalan untuk bantu mereka.

Iklan

"Yang penting, saya tidak mahu pelajar yang berjaya masuk terutamanya mereka yang tidak berkemampuan, tinggal di luar bandar, terkandas, miskin dan berhadapan bebanan kos tanggungan menolak tawaran MRSM hanya disebabkan perkara-perkara ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media mengenai pencapaian Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) selepas menyempurnakan MARA Integrated Accounting Conference (MICA), Kuala Lumpur pada Isnin.