Ibu kecewa anak berusia 6 tahun didera! Dakwa kepala dipukul, dirotan, telinga dicubit & pernah pipi ditampar guru

Iklan
Aiza Salzul Hanira mendakwa, guru wanita terbabit memukul kepala, merotan, mencubit telinga dan pernah menampar pipi anaknya sehingga meninggalkan kesan lebam teruk sekali gus menyebabkannya trauma.

Beberapa bahagian tubuh badan kanak-kanak lelaki berusia enam tahun lebam teruk didakwa telah didera guru wanita lingkungan 30-an di sebuah prasekolah di Jelapang, Ipoh, Perak sejak September lalu.

Ibunya, Aiza Salzul Hanira Zulkapli, 42, mendakwa, guru itu telah memukul kepala, merotan, mencubit telinga dan pernah menampar pipi sehingga meninggalkan kesan lebam sekali gus menyebabkan anaknya trauma.

Iklan
Iklan

Susulan kejadian itu, Aiza Salzul Hanira membuat laporan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) dan turut mengadu kepada guru besar sekolah tentang perkara tersebut pada September.

Bagaimanapun kata ibu tunggal ini, tiada sebarang tindakan diambil terhadap guru wanita yang didakwa mendera anak lelakinya.

Iklan

"Anak saya memberitahu, guru itu masih merotan dan memukul kepalanya setiap hari atas alasan tidak buat kerja rumah sehingga dia takut untuk ke sekolah.

"Saya membawanya berjumpa pakar psikiatri kanak-kanak di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan doktor mengesahkan anak mengalami acute stress disorder, selain ada kecederaan tisu lembut pada kedua-dua tapak tangan.

Iklan

"Laporan SISPAA mengatakan tiada sentuhan fizikal dilakukan terhadap anak. Saya sedih dan hilang sabar kerana kes ini seakan ditutup," katanya dalam sidang media pada Isnin.

Hadir sama Pengerusi Parti GERAKAN Perak merangkap Naib Presiden parti itu, Chek Kwong Weng.

Sementara itu, Aiza Salzul Hanira yang kecewa dengan SISPAA telah membuat laporan polis berhubung kecederaan dialami anaknya.

"Tiga laporan polis iaitu pada 8 dan 14 Disember tahun lalu serta 16 Januari telah dibuat terhadap kes ini.

"Apa yang saya buat adalah ingin membuka mata masyarakat bahawa kes penderaan di sekolah sememangnya wujud.

"Bukan sahaja fizikal yang cedera tetapi emosi dan perkembangan pelajaran anak juga terjejas," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya akan menyemak semula laporan dibuat wanita tersebut.