Program makanan percuma Indonesia jangkau 650,000 kanak-kanak

Iklan

Program makanan percuma Indonesia telah menjangkau 650,000 kanak-kanak sekolah di 31 wilayah, menurut Presiden Prabowo Subianto.

"Mulai Januari hingga April 2025, program ini menyasarkan 3 juta kanak-kanak. Menjelang April hingga Ogos 2025, ia akan mencapai 6 juta kanak-kanak.

Iklan
Iklan

"Pada bulan September, kami berharap dapat menampung 15 juta kanak-kanak dan menjelang akhir 2025, matlamat kami adalah untuk semua kanak-kanak Indonesia menerima makanan berkhasiat.

"Ini adalah isu strategik. Kami mengukuhkan masa depan Indonesia. Kanak-kanak Indonesia mestilah kuat, bijak, bersemangat dan mampu bersekolah dengan berkesan.

Iklan

"Saya percaya dalam masa terdekat, kita akan melihat peningkatan prestasi akademik anak-anak kita," kata Prabowo semasa sesi kabinet pleno di Pejabat Presiden pada Rabu.

Indonesia yang baharu sahaja memulakan program makanan percuma kepada pelajar pada 6 Januari itu, dijangka meluaskan skopnya untuk melibatkan bukan sahaja pelajar tetapi juga wanita hamil, ibu menyusu dan kanak-kanak di bawah umur lima tahun. - Bernama-Xinhua

Iklan