Pelajar Malaysia di Jepun hilang sejak Isnin...'Baliklah Hannani'

Iklan
Hannani dilaporkan hilang sejak Isnin lalu.

Pelajar Malaysia, Nurin Hannani Hafizi, yang sedang melanjutkan pengajian di sebuah institut pengajian tinggi di Kure Kosen, Hiroshima, Jepun telah dilaporkan hilang sejak 27 Januari (Isnin) lalu.

Difahamkan, gadis berusia 21 tahun itu dipercayai meninggalkan kampus pada tengah hari Isnin dan sehingga kini masih belum pulang.

Iklan
Iklan

Berdasarkan maklumat tular, pihak kedutaan dan Imigresen Jepun sudah dimaklumkan berhubung kejadian berkenaan.

Setakat ini pihak kampus mengesahkan bahawa Hannani yang meninggalkan Kure Kosen masih belum kembali ke asrama.

Iklan

Malaysian Students' Association in Japan (MSAJ) di Facebook memaklumkan, Hannani keluar dari kampus dengan hanya membawa beg galas, dompet dan pasport bersamanya.

"Jika anda mempunyai sebarang maklumat berkaitan, sila hubungi Pegawai Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (PPL) Tokyo iaitu Imran Yusof di talian +81 80-7561-8080 atau Yang Munirah di +60 12-688 8364.

Iklan

"Sebarang bantuan atau maklumat amat dihargai. Terima kasih," tulis mereka.