Maahad Tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan

Iklan
Ahmad Zahid (tiga dari kiri) melihat replika binaan ketika hadir pada taklimat projek pembinaan bangunan Sekolah Menengah Imtiaz Tuminah Himidi di Kampung Sungai Balai Darat, Perak pada Khamis.

Maahad tahfiz dinasihatkan berdaftar dengan kerajaan negeri supaya tidak tercicir dari segi bantuan termasuk naik taraf kemudahan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, selaku Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET negara, sekolah aliran itu tidak akan terkecuali daripada diberi perhatian oleh kerajaan.

Iklan
Iklan

"... ada kira-kira 2,500 yang tak berdaftar di bawah kerajaan negeri.

"Mungkin mereka takut nak daftar sebab tak patuh piawaian bomba dan sebagainya, mungkin asrama tak lengkap, sebaiknya daftar, jangan harap pada sumbangan dan yuran daripada ibu bapa semata-mata, insya-Allah saya bantu, tetapi syarat perlu daftar," katanya ketika berucap sempena lawatan ke tapak projek pembinaan Sekolah Menengah Imtiaz Tuminah Hamidi, Perak pada Khamis.

Iklan

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, Kerajaan Perpaduan akan memastikan sekolah yang berdaftar mendapat bantuan sewajarnya bagi mewujudkan persekitaran kondusif untuk pelajar.

Beliau berkata, pihaknya juga akan memastikan lulusan sekolah aliran agama diberikan peluang sama dengan lulusan aliran profesional yang lain.

Iklan

"Bila saya diamanahkan sebagai Pengerusi TVET, saya tak lupakan sekolah maahad, saya 'TVET' kan sekolah maahad tahfiz supaya mereka juga belajar subjek teknikal dan vokasional, kita sedang tukar ekosistem pendidikan agar lebih insklusif," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab pertama yang siap dibina di Melaka kini mempunyai 80 orang pelajar.

"Bagi pembinaan Sekolah Menengah Imtiaz Tuminah Hamidi pula strukturnya dijangka siap hujung tahun ini," katanya. - Bernama