3 jenis pegangan pensel yang perlu guru dan ibu bapa ketahui! Penting & jangan ambil mudah

Iklan
Antara pegangan pensel yang sering digunakan kanak-kanak dan murid di peringkat sekolah rendah, dari kiri: tripod grip, pronated grip dan palmar grip atau fisted grip.

Memegang pensel merupakan kemahiran asas yang biasanya dipelajari sejak usia prasekolah.

Ia adalah alat yang digunakan untuk menulis, melukis dan berkarya.

Iklan
Iklan

Cara memegang pensel dengan betul sangat penting agar tulisan menjadi lebih lancar dan menghindari ketegangan pada tangan.

Kebiasaanya, golongan kanak-kanak dan murid di peringkat sekolah rendah sering berhadapan masalah untuk memegang pensel dengan betul.

Iklan

Bagi mengatasi masalah itu, Ahli Terapis Cara Kerja, Mahfuzah Zainol, berkongsi tiga jenis pegangan pensel yang perlu diketahui komuniti khususnya guru-guru dan ibu bapa.

Panduan itu dapat membantu mengenal pasti cara anak-anak mereka memegang pensel seterusnya memikirkan alternatif terbaik sekiranya berlaku kesilapan.

Iklan

Mari ikuti tiga tip hasil perkongsian Mahfuzah.

1) Jenis berfungsi

Untuk pegangan jenis berfungsi ini ada dua cara iaitu tripod grip (tiga jari) dan quadrupod grip (empat jari).

Kedua-dua cara adalah efektif dan paling baik untuk kanak-kanak dan juga murid. Tidak akan letih menulis, lebih efisien, pantas, dinamik dan mantap.

2) Jenis tidak efektif

Jenis tidak efektif ini ada banyak dan pelbagai. Contohnya pegang pensel lima jari yang dikenali sebagai five finger grip. Biasanya, pegangan jenis ini adalah dalam kalangan kanak-kanak Autism. Kemudian, ada cara thumb tuck grip dan finger wrap grip iaitu pegangan jenis selalunya oleh murid Down Syndrome.

Cara begini, mereka akan cepat letih ketika menulis, tekanan pensel pun sangat kuat dan berisiko tinggi untuk ketinggalan dalam kelas sebab cikgu dan kawan-kawan laju menulis.

Bila rasa ketinggalan, dia akan putus asa dan kecewa serta mula benci aktiviti menulis atau menyalin. Sebab itu penting untuk kita cadangkan pegangan pensel yang betul sejak awal lagi...regardless dia ada diagnosis apa, tidak kiralah Autism, ADHD, Down Syndrome atau Cerebral Palsy. Bagi murid tipikal pun kadang kita lihat mereka pegang cara yang tidak efektif. Cikgu dan ibu bapa kena peka dan bantu mereka.

Satu lagi cara tidak efektif ialah flexed wrist di mana pegangan jenis ini biasa dilihat dalam kalangan kanak-kanak Cerebral Palsy.

Seperti yang kita tahu, kanak-kanak Cerebral Palsy sememangnya mempunyai masalah muscle tone (mostly high tone)...Apabila mereka kena menulis, pegangan pensel akan jadi macam itu, tidak efektif.

Saya suka mencadangkan kanak-kanak Cerebral Palsy ini diberi kelonggaran menggunakan komputer untuk aktiviti melibatkan tulisan tangan. Tidak perlu dipaksa sebab mereka memang ada masalah muscle tone.

3) Jenis tidak matang

Jenis ini yang paling teruk dalam sejarah perkembangan kemahiran tulisan tangan.

Kalau kita tengok ada murid masih pegang pensel sebegini, itu petunjuk penting bahawa dia perlukan banyak aktiviti handwriting readiness.

Jenis ini macam bayi baru pegang pensel. Sekitar umur 1 hingga 3 tahun.

Satu lagi cara yang tidak matang ialah pronated grip. Kanak-kanak Cerebral Palsy pun ada yang pegang macam ini, tapi kita sedia maklum masalah high tone muscle dia, tidak perlu dipaksa. Kita guna sahaja alternatif tekan keyboard untuk dia.

Jadi, dalam dunia pendidikan, guru perlu bijak merancang dan memberikan alternatif terbaik kepada Murid Berkeperluan Khas.

Tidak semua intervensi kita boleh beri secara fixed. Kita give and take. Itu menunjukkan kebijaksanaan anda sebagai guru dan juga ahli terapi dalam menangani masalah pegangan pensel mereka.

Dalam dunia tanpa sempadan ini, kemahiran menaip atau keyboarding skills juga merupakan kemahiran yang sama penting untuk kanak-kanak dan murid.