Berkhatan Perdana Parlimen Putatan ringankan beban ibu bapa B40

Iklan
Shahelmey (baju kuning) bersama kanak-kanak yang menyertai Program Berkhatan Perdana Parlimen Putatan.

Seramai 170 Ketua Isi Rumah (KIR) golongan B40 di bawah Parlimen Putatan, Sabah menarik nafas lega apabila kos untuk mengkhatankan anak yang mencecah lebih RM200 telah ditanggung sepenuhnya menerusi Program Berkhatan Perdana Parlimen Putatan yang diadakan di empat masjid berasingan di daerah ini.

Menurut pembantu rumah, Sirha Abdul Karim, 48, program tersebut memberi manfaat kepada mereka yang kurang berkemampuan sekali gus mengurangkan beban keluarga untuk menanggung kos berkhatan yang semakin meningkat ketika ini.

Iklan
Iklan

"Pada awalnya saya tidak tahu ada program ini, tetapi saya dihubungi rakan bahawa boleh masukkan anak ke dalam program berkhatan di masjid.

"Tanpa berfikir panjang, saya terus membawa dua anak lelaki untuk menyertai majlis berkhatan kerana kalau dibawa ke klinik sudah tentu kos akan mencecah sehingga RM500 untuk kedua-duanya, tapi sekarang...berkhatan adalah percuma," katanya ketika ditemui di Masjid Nurul Iman Pasir Putih.

Sirha

Iklan

Katanya lagi, sesi persekolahan juga bakal dibuka jadi sudah tentu ini memberi tekanan kepada keluarga yang mahu menyediakan wang perbelanjaan membeli barangan untuk kembali ke sekolah.

Seorang suri rumah, Raylena Jumin, 32, berkata, walaupun bukan beragama Islam namun dia dan suami mengambil peluang tersebut untuk mengkhatankan anak sulung mereka.

Iklan

"Jika berkhatan di luar sudah tentu kami tidak mampu, jadi saya dan suami ambil peluang ini untuk mengkhatankan anak demi kebersihan dan kesihatannya.

"Sebaik saja mengetahui ada program ini, kami secara sukarela menghantar nama anak untuk menyertai program berkhatan," katanya.

Shahelmey menyampaikan bunga telur kepada kanak-kanak yang menyertai program tersebut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, seramai 170 kanak-kanak lelaki menyertai program berkhatan di bawah parlimennya kali ini.

"Objektif program adalah untuk membantu ibu bapa memudahkan proses berkhatan anak masing-masing.

"Program ditangung secara percuma oleh pejabat Parlimen Putatan," katanya.