Azman dikurnia gelaran Datuk! Menteri Pendidikan ucap tahniah di Facebook

Iklan
Gelaran Datuk adalah pengiktirafan yang amat bermakna atas jasa, dedikasi dan sumbangan Azman dalam memperkasa sektor pendidikan negara.

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM), Azman Adnan menerima Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW), yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025 pada Jumaat.

Selain beliau, beberapa individu lain iaitu Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil; Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Syed Hamadah Syed Othman; Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hayatul Akmal Abdul Aziz dan Penasihat Undang-Undang Istana Negara, Zulharry Abdul Rashid turut menerima Darjah Kebesaran PMW.

Iklan
Iklan

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat berkenaan kepada semua penerima di Balairung Seri, Istana Negara.

Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, turut berangkat ke istiadat berkenaan.

Kredit foto: KPM

Iklan

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek tidak ketinggalan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Azman menerusi satu hantaran di Facebook peribadinya pada Jumaat.

Untuk info, Azman yang sebelum ini menggalas jawatan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah) telah dilantik sebagai KPPM (Februari 2024) bagi menggantikan Datuk Pkharuddin Ghazali yang bersara wajib pada November 2023.

Iklan

Azman berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera Pengajian Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ijazah Sarjana Kepimpinan dan Kepengetuaan, Universiti Malaya (UM).

Beliau memulakan kerjaya sebagai guru sebelum dilantik sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran, Penyelia Petang, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Pengarah Pendidikan Negeri dan Pengetua sekolah.

Kredit foto: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Azman yang berpengalaman lebih 34 tahun dalam bidang pendidikan pernah memimpin institusi pendidikan di pelbagai peringkat termasuk menjadi Pegawai Pendidikan Daerah Segamat, Timbalan Pengarah Pendidikan Johor dan Pengarah Pendidikan Johor.

Pada peringkat pengurusan tertinggi KPM pula, Azman diberi tanggungjawab sebagai Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian sebelum dilantik ke jawatan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah).

Kredit foto: KPM

Sinar Bestari ingin merakamkan tahniah kepada Azman atas pengurniaan ini.

Gelaran berkenaan adalah pengiktirafan yang amat bermakna atas jasa, dedikasi dan sumbangan beliau dalam memperkasa sektor pendidikan negara.

Semoga terus maju jaya dan cemerlang.

Kredit foto: KPM