32 sekolah di Sabah ditutup terjejas banjir

Iklan
Keadaan bilik darjah SK Pintas, Beaufort dinaiki air.
Sebanyak 32 sekolah rendah dan menengah ditutup selepas terjejas akibat banjir yang melanda Beaufort dan Membakut, Sabah sejak Sabtu lalu.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin berkata, data tersebut diperoleh menerusi kemas kini setakat jam 10 pagi Isnin.

"Setakat ini di Beaufort sekolah yang terjejas ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Mempagar, SK Lago, SK Bangkalalak, SK Klias Baru, SK Lupak, SK Suasa, SK Pintas, SK Baru 60, SK Garama, SK Biah Batu 65, SK Kebulu, SK Ladang Lumadan, SK Luagan, SK Takuli, SK Rancangan Klias, SK klias kecil, SK Jabang dan SK Kebatu.

"Selain itu, Sekolah Kebangsaan Jenis Cina (SKJC) Kung Ming dan SJKC Lian Hwa serta dua lagi sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saint Paul dan SMK Saint John turut ditutup akibat terjejas banjir," katanya.

Mengulas lanjut, Raisin berkata, sebanyak lapan sekolah di Membakut juga dikenal pasti terjejas akibat banjir di kawasan tersebut.

"Antara sekolah yang terjejas ialah SK Pekan Membakut, SK Kampung Brunei, SK Bambangan, SK Saint Patrick Membakut, SK Sinoko, SK Bandau, SK Pg Jaya Pimping dan SK Lembah Poring," katanya.

Menurut beliau lagi, pemakluman mengenai sekolah yang ditutup telah dilakukan oleh pihak sekolah masing-masing menerusi pelbagai kaedah.

"Ini termasuk disebarkan menggunakan media sosial, kumpulan WhatsApp dan juga surat rasmi kepada ibu bapa murid dan pelajar di sekolah-sekolah yang terjejas," katanya.