Tun Abdullah pernah galas jawatan Menteri Pendidikan pada 1984 hingga 1986!

Iklan
Allahyarham Tun Abdullah (tengah) memikul amanah sebagai Menteri Pendidikan ke-13, menggantikan Tan Sri Amar Dr Sulaiman (kanan), yang kemudiannya jawatan tersebut disandang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri). Foto: Portal KPM

Tidak ramai yang mengetahui bahawa mantan Perdana Menteri Malaysia kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menyandang jawatan Menteri Pendidikan Malaysia sebelum bergelar pemimpin nombor satu negara.

Antara tahun 1984 hingga 1986, beliau memikul amanah sebagai Menteri Pendidikan ke-13, menggantikan Tan Sri Amar Dr Sulaiman (1981–1984), yang kemudiannya jawatan tersebut disandang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1986.

Iklan
Iklan

Pelantikan ini bukan sekadar titik dalam kerjaya politiknya yang panjang, tetapi merupakan sebahagian penting dalam misi beliau untuk membangunkan Malaysia sebagai negara yang progresif melalui pendidikan.

Allahyarham dikenali sebagai seorang tokoh yang tenang, sederhana dan sentiasa mendahulukan rakyat iaitu sifat yang jelas terpancar dalam setiap dasar serta pendekatan beliau ketika menerajui kementerian tersebut.

Iklan

Justeru, gelaran Bapa Pembangunan Modal Insan yang diberikan kepada beliau bukan sekadar penghormatan, tetapi pengiktirafan terhadap dedikasi dan wawasan beliau dalam membina generasi masa depan.

Selain Tun Abdullah, terdapat beberapa tokoh lain yang pernah menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai Menteri Pendidikan.

Iklan

Berikut adalah senarai seperti dirujuk portal KPM.

1) Tun Abdul Razak Datuk Hussein (1955-1957)

2) Tan Sri Mohd Khir Johari (1957-1960)

3) Datuk Abdul Rahman Talib (1960-1962)

4) Tan Sri Kapten Abdul Hamid Khan (1962–1964)

5) Datuk Abdul Rahman Talib (1964-1965)

6) Tan Sri Mohd Khir Johari (1965-1969)

7) Datuk Patinggi Abdul Rahman Ya’kub (1969-1970)

8) Tun Hussein Onn (1970-1973)

9) Tan Sri Mohammad Yaacob (1973-1974)

10) Tun Dr Mahathir Mohamad (1974-1978)

11) Tun Musa Hitam (1978-1981)

12) Tan Sri Amar Sulaiman (1981-1984)

13) Tun Abdullah Ahmad Badawi (1984-1986)

14) Datuk Seri Anwar Ibrahim (1986-1991)

15) Tan Sri Amar Dr Sulaiman (1991-1995)

16) Datuk Seri Najib Tun Razak (1995-1999)

17) Tan Sri Musa Mohammad (1999-2004)

18) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (2004 – 2009)

19) Tan Sri Muhyiddin Yassin (2009 – 2015)

20) Tan Sri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II (2013-2015)

21) Datuk Seri Mahdzir Khalid (2015–2018)

22) Dr Maszlee Malik (2018- 2020)

23) Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin (2020 - 2022)

24) Fadhlina Sidek (2022 - kini)