Keputusan SPM 2024 diumum 24 April ini - KPM

Iklan
Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan masing-masing di sekolah bermula jam 10 pagi pada hari tersebut. Gambar hiasan

Debaran kian terasa!

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengumumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2024 akan dikeluarkan pada 24 April 2025 (Khamis).

Iklan
Iklan

Seramai 402,956 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan yang berlangsung di 3,337 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan, calon sekolah boleh mendapatkan keputusan masing-masing di sekolah bermula jam 10 pagi pada hari tersebut.

Iklan

Bagi calon persendirian pula, keputusan akan dihantar melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mendaftar.

KPM turut menekankan bahawa pihak sekolah bertanggungjawab memastikan penyerahan keputusan kepada calon dilakukan secara teratur dan cekap bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

Iklan

Sebagai tambahan kepada kaedah manual, keputusan juga boleh disemak melalui beberapa kaedah iaitu:

1) Secara dalam talian melalui pautan myresultspm.moe.gov.my mulai pukul 10 pagi pada 24 April 2025 hingga 6 petang pada 30 April 2025; dan/atau

2) Secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan dengan menaip SPM NoKP AngkaGiliran dan hantar ke 15888. Sistem ini akan diaktifkan mulai jam 10 pagi pada 24 April 2025 hingga 6 petang pada 30 April 2025.

Dalam pada itu, KPM mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua calon atas segala usaha dan ketekunan yang telah dicurahkan.

Keputusan ini bukan hanya penamat kepada satu fasa pendidikan, tetapi juga permulaan kepada pelbagai peluang sama ada dalam bidang pendidikan tinggi, latihan kemahiran atau alam pekerjaan.

Semoga kejayaan yang diraih menjadi pencetus semangat untuk terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang!