Elak kejadian culik, ibu bapa digesa lebih berwaspada

Iklan
Kes culik merupakan isu serius hingga memberi kesan mendalam terhadap keselamatan, emosi dan psikologi pelajar. Gambar kecil: Mohammed Zahir

Kes culik yang melibatkan murid bukan lagi sesuatu yang asing dalam masyarakat kita.

Ia bukan sekadar kejadian terpencil atau fenomena biasa yang boleh dipandang ringan, sebaliknya merupakan isu serius hingga memberi kesan mendalam terhadap keselamatan, emosi dan psikologi pelajar serta kebimbangan seluruh komuniti sekolah.

Iklan
Iklan

Bagi mengelakkan insiden culik daripada terus berulang dan menjadi mimpi ngeri, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 19, Shah Alam, Selangor tampil memberi peringatan tegas kepada semua ibu bapa dan penjaga agar sentiasa berwaspada terhadap keselamatan anak-anak khususnya ketika berulang-alik ke sekolah.

Menurut Yang Dipertua PIBGnya, Mohammed Zahir Khariri, keselamatan murid adalah tanggungjawab bersama, bukan hanya dipikul oleh pihak sekolah semata-mata.

Iklan

"Kami menyeru agar ibu bapa lebih cakna dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

"Terdapat beberapa langkah keselamatan yang disarankan antaranya mengiringi anak-anak ke sekolah khususnya bagi murid Tahap Satu; elakkan anak berjalan sendirian terutama di kawasan sunyi atau kurang pengawasan dan menetapkan lokasi menunggu yang selamat, strategik serta mudah dipantau.

Iklan

"Juga mendidik anak-anak agar tidak berbual atau menerima sesuatu daripada orang yang tidak dikenali,” katanya kepada Sinar Bestari.

Beliau berkata, sebarang kelakuan atau insiden mencurigakan harus segera dilaporkan kepada pihak sekolah, PIBG atau pihak berkuasa.

"Tindakan pantas dan kerjasama masyarakat amat penting dalam mengekang sebarang ancaman terhadap keselamatan murid atau pelajar," tuturnya.