Guru tidak perlu cetak e-RPH setiap minggu - KPM

Iklan
Azman

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menarik semula arahan yang dikeluarkan sebelum ini berhubung keperluan guru mencetak Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian Secara Dalam Talian (e-RPH) setiap minggu.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Azman Adnan berkata, bagaimanapun, guru mesti bersedia untuk mengemukakan RPH sekiranya diperlukan.

Iklan
Iklan

"Saya mendengar pendapat dan luahan guru mengenai arahan untuk mencetak e-RPH pada setiap minggu.

"Setelah membuat pertimbangan, saya dapati tiada keperluan untuk berbuat demikian dan telah mengarahkan supaya arahan untuk mencetak e-RPH seperti dalam soalan lazim berkenaan ditarik semula serta-merta," katanya dalam hantaran Facebook rasmi KPM pada Khamis.

Iklan

Azman berkata, KPM sentiasa berusaha untuk menambah baik amalan dalam pengajaran dan pembelajaran dan pada waktu sama memastikan kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah terpelihara. - Bernama

Iklan