Keputusan STAM 2024 diumum 20 Mei ini

Iklan
Seramai 4,507 calon telah mendaftar untuk menduduki STAM 2024 yang dilaksanakan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara. Foto: Arkib Bernama

Berita yang dinanti-nantikan akhirnya tiba!

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2024 akan diumumkan pada 20 Mei ini (Selasa), mulai jam 10 pagi.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan media KPM, seramai 4,507 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu yang dilaksanakan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara.

"Calon sekolah boleh mendapatkan slip keputusan peperiksaan secara terus daripada sekolah masing-masing bermula 10 pagi pada hari pengumuman.

Iklan

"Manakala bagi calon persendirian, mereka boleh berhubung terus dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mereka mendaftar untuk mendapatkan keputusan," maklumnya pada Selasa.

Bagi memudahkan calon membuat semakan, kementerian telah menyediakan dua kaedah yang lebih mudah dan pantas iaitu:

Iklan

1) Secara dalam talian di pautan myresultstam.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan. Ia boleh disemak mulai 10 pagi pada tarikh yang sama hingga 6 petang 26 Mei (Isnin); dan/atau

2) Secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan dengan menaip STAMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888. Sistem ini akan diaktifkan mulai 10 pagi (20 Mei) hingga 6 petang (26 Mei).

Sementara itu, KPM merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua calon STAM 2024 yang bakal menerima keputusan tidak lama lagi.

"Semoga kejayaan yang diraih menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan,” katanya.

Kepada calon yang mungkin tidak memperoleh keputusan seperti yang diharapkan, ingatlah bahawa ini hanyalah satu fasa dalam perjalanan hidup.

Peluang untuk cemerlang sentiasa terbuka asalkan ada semangat untuk terus mencuba.

Selamat maju jaya buat semua calon STAM 2024!