Pelajar lekat gambar ibu semasa peperiksaan

Iklan
Tindakan seorang pelajar melekatkan gambar ibunya di baju sekolah meruntun hati netizen di China.

Pelajar lelaki dari wilayah Jiangxi, China menyentuh hati netizen apabila membawa gambar mendiang ibunya semasa menduduki peperiksaan masuk universiti kebangsaan (Gaokao) baru-baru ini.

Menurut laporan China News, remaja tersebut sebelum ini hidup bahagia bersama ibu bapa dan seorang adik perempuan.

Iklan
Iklan

Namun, kehidupan mereka berubah apabila ibunya meninggal dunia akibat kanser pada tahun 2022.

Pada 9 Jun lalu, semasa hari terakhir peperiksaan, pelajar itu melekatkan gambar ibunya di bahagian dada baju ketika melangkah masuk ke dewan peperiksaan.

Iklan

Katanya kepada pengawas peperiksaan," Ibu saya tak dapat hadir ke Gaokao saya... jadi saya nak bawa dia bersama, biar dia lihat dewan peperiksaan dan temani saya."

Pengawas tersebut dilaporkan membenarkan tindakan remaja itu dan hanya mampu menepuk bahunya dalam diam.

Iklan

Selepas selesai kertas terakhir, pelajar itu meluahkan hasrat yang lama dipendam iaitu mahu menziarahi kubur ibunya buat pertama kali.

Sejak ibu meninggal dunia, bapanya memilih untuk tidak membawanya ke tanah perkuburan kerana bimbang ia akan menjejaskan emosi dan tumpuannya terhadap pelajaran.

Namun kali ini, selepas anaknya mencapai satu pencapaian besar, si bapa akhirnya bersetuju.

Sebaik tiba di tanah perkuburan, remaja itu berlari ke kubur ibunya, melutut dan menangis, sambil menjerit,"Ibu, saya berjaya. Saya berjaya."

Dia kemudian mengangkat tiga jari di depan batu nisan, sebagai sumpah untuk terus kuat melangkah dalam hidup.

Bapanya kemudian berkata, walau apa pun keputusan peperiksaan, anaknya sudah pun menjadi wira dalam hidupnya sendiri dan berjaya menunaikan impian terakhir mendiang ibu. - Agensi

WARTAWAN: ZULHILMI HAT