TVET lonjak kerjaya anak muda

Iklan

Kemahiran bukan lagi pilihan kedua kerana Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kini antara laluan utama untuk masa depan ribuan anak muda di negara ini.

Manakan tidak, ramai pelajar bidang itu berjaya menempatkan diri dalam sektor pekerjaan berkemahiran tinggi, bukan sahaja di Malaysia, malah pentas antarabangsa.

Iklan
Iklan

TVET bukan sekadar melahirkan tenaga kerja tetapi pemangkin kepada generasi muda yang berani berdikari dan menyumbang kepada ekonomi negara.

Setiap tahun, Hari TVET disambut pada 2 Jun untuk manifestasi tekad dan komitmen kerajaan untuk menjadikan TVET sebagai pilihan utama dalam melahirkan tenaga kerja masa depan yang dinamik serta berdaya tahan.

Iklan

Ikuti perkongsian Sinar Bestari bersama pelajar dan pekerja sektor kemahiran untuk berkongsi pengalaman serta kejayaan yang dicapai.

Jom kita!

Iklan