KPM siasat dakwaan warga Pakistan rasmi program sukan sekolah

Iklan
Fadhlina

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang menyiasat dakwaan bahawa seorang lelaki warga Pakistan merasmikan program sukan di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Kerian, Perak.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Iklan
Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah 1447 Hijrah Peringkat Negeri Perak yang disempurnakan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

Sebelum ini, video tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki warga Pakistan diberi penghormatan merasmikan Majlis Sukan Olahraga Sekolah Kebangsaan Sama Gagah di Kampung Sama Gagah, Simpang Empat Semanggol.

Iklan

Dalam perkembangan lain, Fadhlina mengucapkan terima kasih kepada Sultan Nazrin selepas menerima Anugerah Saidina Abu Bakar As-Siddiq bagi pihak ibunya, Allahyarham Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor.

"Beliau merupakan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan pembela undang-undang syariah. Kepakarannya sentiasa menekankan pemberdayaan wanita dalam semua aspek," katanya. - Bernama

Iklan