Tiga dekad ASWARA: Tradisi dan inovasi seiring

Iklan
Syafinaz (tiga dari kanan) dan Tan Awang Besar (tiga dari kiri) sewaktu majlis penutup sambutan ulang tahun ke 30 ASWARA baru-baru ini.

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) melabuhkan tirai sambutan ulang tahun ke-30 penubuhannya dengan penuh gilang-gemilang dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Sri Cendana, Bangunan Pentadbiran ASWARA, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Majlis penutup itu dirasmikan oleh Ahli Lembaga Pengarah ASWARA, Datuk Syafinaz Selamat sambil disertai Rektor ASWARA, Profesor Dr Tan Awang Besar, warga kerja, rakan strategik dan pelajar institusi itu.

Iklan
Iklan

Lebih bermakna, majlis turut menyaksikan pelancaran beberapa inisiatif utama sempena ulang tahun bersejarah ini termasuk penerbitan Coffee Table Book ASWARA iaitu naskhah eksklusif yang merakamkan sorotan perjalanan institusi selama tiga dekad dalam memartabatkan seni budaya negara.

Antara persembahan secara langsung oleh pelajar ASWARA.

Iklan

Turut dilancarkan ialah Setem Edisi Khas 30 Tahun ASWARA dan tiga program utama ASWARA di bawah peruntukan Acara Seni Budaya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) iaitu ASWARA International Art & Culture Camp (ASIAC’25), 11th International Folk Dance Festival 2025 (Tari’25) dan Festival Titih Pusakan 2025.

Ketiga-tiga program ini dijangka menjadi platform penting dalam mengukuhkan hubungan budaya antarabangsa, selain memperkasakan diplomasi budaya Malaysia.

Iklan

“Tiga dekad bukan tempoh singkat. ASWARA terus berdiri teguh melahirkan seniman dan pengamal seni tanah air yang disegani. Ini adalah kejayaan kolektif yang membuktikan kekuatan tradisi dan inovasi selari dengan aspirasi Malaysia Madani,” ujar Tan Awang Besar.

Sebahagian 30 pelajar dari Guangxi Arts University, China yang menghadiri majlis penutup 30 tahun ASWARA.

Majlis yang turut dihadiri Ketua-ketua Pengarah agensi bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta ahli Lembaga Pengarah ASWARA itu diserikan dengan persembahan pelajar Fakulti Tari dan Muzik.

Turut diraikan, seramai 30 pelajar dari Guangxi Arts University, China yang mengikuti Program Pertukaran Pelajar selama tujuh minggu bermula 28 Jun lalu, sekali gus menjadi simbol komitmen ASWARA dalam memperkukuh jaringan antarabangsa dan pertukaran budaya serantau.