Sebuah van sekolah yang membawa beberapa murid terbalik selepas melanggar sebuah lubang jalan yang tidak ditutup di Jalan Abdul Samad di sini pagi tadi.
Difahamkan, semua murid yang terlibat dalam kejadian itu telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk menerima rawatan lanjut.
Beberapa gambar kemalangan berkenaan turut tular di laman Facebook Community Roda Johor, menunjukkan keadaan van yang terbalik serta usaha menyelamat oleh orang awam.
Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan ketika dihubungi memaklumkan bahawa siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Iklan