K-Semanis 2025: Simbol transformasi pendidikan era digital

Iklan
Antara rakan strategik yang hadir semasa pelancaran K-Semanis 2025 di Dewan Karangkraf.

Pelancaran Karnival Memacu Reformasi Pendidikan Madani: Seminar Menjana Aspirasi Naratif Inovasi Selangor 2025 (K-Semanis) oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang baru-baru ini, bukti nyata kesungguhan pendidik dalam melakar anjakan baharu dalam dunia pendidikan digital.

Pegawai PPD, Abdul Rahim Khalid berkata, menerusi pelaksanaan program itu, proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dijangka menjadi lebih efisien serta berimpak tinggi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia turut memberikan penekanan kepada kemahiran adaptasi dalam kalangan guru serta murid yang menjadi keperluan utama dalam dunia serba digital kini.

"Hari ini bukan sekadar satu pelancaran. Ia adalah detik kita melakar sejarah baharu. Kita berkumpul dalam semangat satu hati, satu visi menyaksikan lahirnya sebuah platform masa hadapan.

Iklan

"K-Semanis merupakan gambaran tekad untuk mendobrak sempadan tradisi, menyatukan teknologi, pedagogi dan nilai kemanusiaan dalam satu platform pintar," katanya sewaktu ucapan pelancaran di Dewan Karangkraf, Shah Alam, Selangor Khamis lalu.

Iklan

Lebih membanggakan, usaha itu digerakkan sepenuhnya oleh Sektor Pembelajaran PPD Klang yang dilihat begitu komited menyahut cabaran transformasi pendidikan digital peringkat daerah.

Antara rakan utama yang menjayakan edisi kali ini seperti Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Bank Simpanan Nasional (BSN), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBI), Wyndham Hotel Klang dan CelcomDigi.

Dengan kerjasama itu, telah membuktikan K-Semanis mempunyai kekuatan kolaborasi antara pendidikan dan komuniti luar dalam membina ekosistem pendidikan digital yang progresif.

Tambah Abdul Rahim lagi, warga pendidik diminta untuk turut serta menyertai secara aktif program pendidikan berimpak tinggi itu.

Katanya, ia bukan lebih daripada sekadar pameran semata-mata, tetapi merupakan platform mega untuk menghimpunkan idea, strategi dan penyelidikan pendidikan.

"Secara tidak langsung, ia dijadikan medan terbaik bagi guru dan murid untuk mempersembahkan inovasi mereka kepada masyarakat pendidikan dalam atau luar negara," katanya.