Dibuli? Lapor terus kepada SISPAA

Iklan
Kementerian turut memaklumkan bahawa pengadu mempunyai pilihan untuk membuat laporan secara anonim (tanpa nama) sekali gus memberi jaminan keselamatan kepada pihak yang tampil melaporkan kes.

"Tiada kompromi terhadap salah laku buli. Ia perlu segera dilaporkan supaya siasatan dan tindakan sewajarnya dapat diambil," tegas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi satu hantaran di Instagram rasminya pada Isnin.

Menurut KPM, sebarang aduan kes buli boleh dibuat melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) iaitu platform rasmi bagi menyalurkan aduan melibatkan sekolah.

Iklan
Iklan

"Bagi membolehkan siasatan dilaksanakan, butiran kejadian seperti tarikh, masa, lokasi dan perincian salah laku termasuk siapa pelaku serta mangsa terlibat (dalam kes itu) perlu dinyatakan di dalam aduan.

"Tanpa maklumat penting tersebut, siasatan dan tindakan sukar untuk diambil," kata KPM.

Iklan

Mengulas lanjut, kementerian turut memaklumkan bahawa pengadu mempunyai pilihan untuk membuat laporan secara anonim (tanpa nama) sekali gus memberi jaminan keselamatan kepada pihak yang tampil melaporkan kes.

"Selain SISPAA, aduan juga boleh dibuat melalui beberapa saluran lain iaitu talian hotline 03-8884 9325 serta panggilan telefon dan WhatsApp (014-800 9325).

Iklan

"Kami sentiasa berusaha untuk menambah baik langkah-langkah menangani salah laku buli bagi memastikan keselamatan murid, guru dan seluruh warga sekolah," maklum KPM.