Dunia pendidikan masa kini bukan lagi terbatas kepada bilik darjah semata-mata, sebaliknya turut merangkumi pengalaman gaya hidup yang mampu merangsang kreativiti, inovasi dan penerokaan budaya.
Pembukaan cawangan kelapan OH!SOME di IOI City Mall, Putrajaya membuktikan bahawa pembelajaran juga boleh berlaku dalam bentuk hiburan, interaksi dan eksplorasi produk global yang dekat dengan minat anak muda hari ini.
Dengan ruang seluas lebih 1,000 kaki persegi, kedai ini menampilkan pelbagai tarikan seperti 188 mesin gachapon, zon kapsul mainan, serta empat zon bertema unik iaitu anime & komik, barang keperluan perjalanan, kraf DIY dan hadiah kreatif.
Setiap sudut dalam kawasan kedai ini direka bukan sahaja untuk memberi pengalaman membeli-belah, malah mencetuskan imaginasi serta kreativiti dalam kalangan generasi muda.
Lebih menarik, OH!SOME menawarkan sehingga 15 kategori produk berbeza termasuk alat tulis, makanan ringan, aksesori dan penjagaan diri.
Jadi, pelajar sekolah rendah dan menengah turut berpeluang membeli barangan sekolah dan hadiah untuk kawan-kawan atau guru-guru.
Selain itu, kira-kira 70 peratus produk makanan di OH!SOME mempunyai pensijilan Halal sekali gus memberikan keyakinan kepada pelanggan dalam membuat pilihan.
Wakil perhubungan awamnya, Shelly berkata, setiap pasaran menerima produk yang disesuaikan dengan gaya hidup masyarakat setempat.
“Matlamat kami adalah membolehkan pelanggan menikmati cita rasa tempatan sambil meneroka dunia global,” katanya.
Dalam pada itu, OH!SOME turut menampilkan kerjasama bersama jenama antarabangsa seperti Disney dengan barangan edisi khas daripada Mickey Mouse, Winnie the Pooh, Stitch dan Donald Duck.
Lebih 100 variasi produk baharu Mickey Mouse diperkenalkan, masing-masing membawa elemen ceria dan nostalgia yang dekat di hati pelajar.
Bagi yang minat budaya pop Jepun, zon kapsul mainan dengan karakter popular seperti Nailoong dan Jujutsu Kaisen pasti menceriakan hari.
Malah, ia juga boleh dijadikan inspirasi untuk seni reka, penulisan kreatif atau idea aktiviti kokurikulum di sekolah.