‘Mowgli Malaysia’ kini cemerlang sebagai alumni GiatMARA

Iklan

Figura yang pernah digelar ‘Mowgli Malaysia’ kerana kehidupannya membesar bersama kerbau, Muhammad Syukur Khamis sekali lagi mencuri perhatian dengan kisah baharunya.

Jika sebelum ini wajahnya tular kerana hubungan mesra dengan ternakan, kini anak muda ini melakar kejayaan lain apabila berjaya menamatkan Kursus Teknologi Motosikal selama enam bulan di GiatMARA Hulu Terengganu.

Iklan
Iklan

Selepas menamatkan pengajian, Syukur tidak hanya dikenali sebagai ‘Kampong Boy’ yang dekat dengan alam, malah kini menguruskan bengkel motosikal milik keluarga yang menjadi tumpuan anak muda di kampungnya.

“Setiap kali ada pelanggan datang ke bengkel, sambil membaiki, saya akan cerita dan promosikan kemahiran kepada semua!” katanya penuh semangat.

Iklan

Kejayaan ini menjadikan Syukur bukan sahaja ikon remaja desa, malah lambang anak muda berkemahiran yang mampu berdikari.

Dari dunia kampung yang tular ke dunia kemahiran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Mowgli Malaysia kini menjadi inspirasi bahawa bidang kemahiran membuka jalan masa depan yang lebih cerah!

Iklan