Sukan rejam lembing sering dilihat mudah kerana ia hanya melibatkan larian dan lontaran sejauh mungkin.
Hakikatnya, ia menuntut lebih daripada sekadar kekuatan fizikal.
Tahukah anda, acara olahraga tertua yang melibatkan rejaman lembing sejauh mungkin menggunakan teknik larian serta balingan dengan betul.
Atlet perlu menguasai teknik genggaman, kawalan langkah silang dan lontaran pada sudut optimum agar mampu menghasilkan jarak maksimum.
Iklan
Tidak cukup dengan itu, tumpuan minda, disiplin latihan dan ketahanan mental juga menjadi kunci utama atlet.
Bagi mereka yang serius, setiap lontaran adalah hasil gabungan ilmu sains, strategi dan semangat juang.
Iklan
Kali ini Sinar Bestari kongsikan sukan rejam lembing yang boleh anda pelajari.
Jom kita beraksi!