Murid tunggang kerbau kesayangan ke sekolah setiap hari

Iklan
Fluke menunggang Kalamae sejauh lebih 800 meter setiap hari untuk ke sekolah di Phetchaburi. Foto Agensi

Setiap pagi dan petang, seorang kanak-kanak berusia 8 tahun, Thanwa Thongiem atau lebih mesra dipanggil Fluke, menunggang kerbau kesayangannya yang diberi nama Kalamae untuk pergi dan pulang dari Sekolah Wat Nong Som di Daerah Khao Yoi, Thailand sejauh lebih 800 meter.

Media tempatan melaporkan, amalan harian itu bukan sahaja mencuri perhatian jiran dan orang yang lalu-lalang, malah mencerminkan ikatan mesra antara seorang anak kecil dengan haiwan peliharaannya.

Iklan
Iklan

Fluke, murid Darjah Dua, mempunyai rutin sederhana sebelum menunggang Kalamae, dia akan menadah tangan memberi hormat, meletakkan kakinya pada tanduk kerbau sebelum naik dengan penuh cekap.

Setibanya di sekolah, Kalamae ditambat berhampiran kolam di pintu masuk untuk meragut rumput sehingga Fluke tamat waktu persekolahan.

Iklan

Apabila pulang, Fluke melepaskan ikatan dan menunggang semula Kalamae ke rumah.

Orang ramai yang melihat turut terharu dengan interaksi mesra itu apabila Kalamae sering menggeselkan kepala seakan manja pada tuannya.

Iklan

Menurut ibunya, Nopparat Chuchuen, Fluke mula menunggang kerbau sejak berusia enam tahun dan hampir dua tahun kini mereka berulang-alik bersama.

Kerbau tersebut sudah terlatih serta hafal laluan, menjadikan perjalanan anaknya selamat.

Pemandangan unik Fluke bersama Kalamae bukan sahaja menggembirakan guru, pelajar dan penduduk tempatan, tetapi juga menjadi peringatan indah tentang kesederhanaan kehidupan desa serta tradisi budaya Thailand yang masih utuh. - Agensi