Terima kasih Datuk Seri

Iklan

Terima kasih diucapkan kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir atas sokongan dan bantuan yang diberikan kepada dua anak muda, Mohamad Ikram Mahamaseng dan Muhammad Fairuz Ikmel Mahadi, sehingga mereka berjaya melanjutkan pengajian ke universiti pilihan masing-masing.

Jika bukan kerana bantuan Datuk Seri dan semua pihak yang terlibat, mungkin peluang untuk mereka menyambung pembelajaran tidak semudah ini.

Iklan
Iklan

Untuk Mohamad Ikram yang bakal mengikuti pengajian Sarjana Muda Pengurusan Sukan di UiTM Cawangan Perlis, Kampus Arau dan Muhammad Fairuz Ikmel (Finance and Islamic Banking di Universiti Utara Malaysia), belajarlah bersungguh-sungguh. Buktikan kesusahan bukan halangan untuk berjaya.

Kredit: Facebook Zambry Abd. Kadir

Iklan

 

 

Iklan