Belanjawan 2026: Dua sekolah pendidikan khas akan dibina

Iklan
Suasana Dewan Rakyat ketika pembentangan Belanjawan 2026 oleh Anwar.

Selain guru, ibu bapa juga cekal membesarkan anak-anak orang kurang upaya (OKU).

Disebabkan itu, kerajaan akan terus membela kebajikan dan pendidikan anak-anak istimewa ini. 

Iklan
Iklan

Sekolah berkenaan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendidikan Khas Kota Damansara, Selangor dan SMK Pendidikan Khas Pasir Mas, Kelantan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebanyak RM700 juta disediakan untuk menambahkan 35 buah blok tambahan.

Iklan

Tambahan, Taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) KEMAS akan menyediakan Kelas Tunas Istimewa di setiap negeri untuk kanak-kanak mild autism.

Antaranya di:

Iklan
  1. Tabika Komta Gong Kuin, Kuala Nerus, Terengganu
  2. Tabika Kerupang 3, Labuan
  3. Tabika FELDA Teloi Timur, Kuala Ketil, Kedah

Lebih menarik, setiap 150,000 pelajar OKU akan menerima elaun sebanyak RM150 sebulan dengan peruntukan sebanyak RM270 juta.