Belanjawan 2026: RM4.4 bilion untuk biasiswa, elaun pendidikan mahasiswa

Iklan
Menteri Kewangan berkata, pihak swasta diberi insentif potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan biasiswa kepada pelajar berkelayakan.

Bagi membantu anak muda melanjutkan pengajian, peruntukan kerajaan dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) sebanyak RM4.4 bilion disediakan sebagai biasiswa, pinjaman dan elaun pendidikan untuk anak muda keluarga miskin melanjutkan pelajaran.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihak swasta diberi insentif potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan biasiswa kepada pelajar berkelayakan.

Iklan
Iklan

"Ia meliputi biasiswa Ijazah Sarjana Muda dan turut diperluas kepada kelayakan profesional antaranya dalam bidang teknologi komunikasi maklumat (ICT), kejuruteraan, perakaunan dan kewangan.

"Program Celik Madani oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan diteruskan dengan pemberian pelaburan awal RM50 dalam ASB atau ASM kepada 200,000 pelajar. PNB juga akan menawarkan 5 bilion unit tambahan bagi ASB 3 Didik dan ASM," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 hari ini.

Iklan

Dalam pada itu, Anwar yang juga Perdana Menteri turut menjanjikan kebajikan mahasiswa di kampus terpelihara.

Katanya, Ikhtiar Dapur Madani, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerima RM26 juta supaya mahasiswa dibekalkan dengan peralatan memasak dan bahan mentah.

Iklan

"Dapur Madani juga dilaksanakan untuk mengusahakan bantuan makanan kepada mahasiswa susah melalui sumbangan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sektor swasta.

"Program MySiswa Job On Campus juga dilaksanakan iaitu peluang pekerjaan sambilan di dalam kampus dengan peruntukan RM20 juta.

"Ini membantu mahasiswa serba kekurangan mendapat pendapatan dan melatih kemahiran keusahawanan yang boleh dimanfaat selepas bergraduasi," katanya.