KPM tolak guna rotan untuk didik murid

Iklan
Mohd Azam

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan pendiriannya untuk tidak menggunakan rotan sebagai alat mendidik murid, sebaliknya menekankan pendekatan pendidikan berasaskan nilai, adab dan pembangunan karakter.

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad berkata, kementerian melihat keperluan untuk membentuk generasi beradab dan berakhlak tinggi melalui bimbingan serta teladan, bukannya melalui hukuman fizikal.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, negara-negara maju telah membuktikan bahawa sistem pendidikan yang menolak penggunaan rotan masih mampu melahirkan generasi berdisiplin dan beretika.

"Untuk setakat ini, pendirian kita jelas, kita tidak menggunakan rotan sebagai alat dalam pendidikan.

Iklan

"Negara maju lain tidak menggunakan rotan, tetapi mereka dapat melahirkan generasi yang beradab," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi sidang akhbar di sini pada Isnin. - Sinar Harian

Iklan