Tingkatkan kawalan keselamatan di sekolah - Murugiah

Iklan
Murugiah

Yayasan Pembangunan Sekolah-Sekolah Tamil Malaysia menyeru pihak sekolah agar mempertingkatkan kawalan keselamatan bagi mengelak pelajar membawa masuk senjata tajam dan bahan terlarang seperti dadah dan vape.

Pengerusinya, Datuk T Murugiah berkata, pengawal keselamatan perlu memperketatkan pemeriksaan beg pelajar dengan tindakan itu bukan bertujuan untuk menghukum, sebaliknya langkah pencegahan bagi memastikan sekolah kekal sebagai zon selamat.

Iklan
Iklan

"Langkah ini amat penting demi menjamin keselamatan pelajar dan guru serta mencegah sebarang kejadian tidak diingini," katanya dalam kenyataan. 

Murugiah berkata, ibu bapa pula diingatkan supaya memberi kerjasama erat kepada pihak sekolah untuk membentuk disiplin anak-anak dengan pendidikan moral dan nilai-nilai murni harus ditanam sejak kecil supaya pelajar tahu membezakan antara baik dan salah.

Iklan

Beliau berkata, demikian susulan beberapa insiden membabitkan pelajar baru-baru ini termasuk kes pelajar membawa pisau lipat ke sekolah di Selangor, pergaduhan berpunca ejekan media sosial di Johor, penemuan vape dan pemetik api dalam beg pelajar di Perak, serta kejadian murid cedera akibat dipukul rakan sebaya di Kedah.

Murugiah berkata, insiden-insiden berkenaan menunjukkan tahap disiplin dan kawalan di sekolah perlu dipertingkatkan segera bagi mengelakkan bahaya dan menjaga imej pendidikan negara dengan tindakan tegas mesti diambil terhadap pelajar yang membawa senjata, bergaduh atau melakukan perbuatan ganas.

Iklan

Sehubungan itu, beliau menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya mengeluarkan garis panduan tambahan kepada sekolah untuk bekerjasama rapat dengan pengawal keselamatan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta polis komuniti dalam memperkukuh keselamatan serta memantau tingkah laku pelajar kerana tiada kompromi dalam isu keselamatan. - Bernama