Dr Fie Tawfek, graduan Universiti Mansoura, Mesir!

Iklan
Dr Fie bukan sahaja dikenali kerana kepakarannya sebagai doktor gigi, malah turut menjadi inspirasi ramai wanita muda yang ingin berjaya dalam kerjaya dan kehidupan berkeluarga. Foto: Facebook Dr Fie Tawfek

Bagi mereka yang aktif dalam bidang pergigian, nama Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih dikenali sebagai Dr Fie Tawfek bukanlah asing.

Figura ini bukan sahaja dikenali kerana kepakarannya sebagai doktor gigi, malah turut menjadi inspirasi ramai wanita muda yang ingin berjaya dalam kerjaya dan kehidupan berkeluarga.

Iklan
Iklan

Berusia 35 tahun, anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan ini merupakan graduan Universiti Mansoura, Mesir dalam bidang Sarjana Muda Pembedahan Pergigian.

Kini, Dr Fie mengusahakan Lantara Dental, sebuah klinik pergigian moden yang terletak di Bandar Sri Sendayan, Seremban.

Iklan

Kliniknya menjadi pilihan ramai pelanggan kerana suasana yang selesa, perkhidmatan mesra serta keperibadian Dr Fie sendiri yang profesional, lemah lembut, sopan, berjiwa keibuan dan bijak menenangkan pesakit.

Foto: Facebook Dr Fie Tawfek

Iklan

Menurut pesakit, Dr Fie bukan sekadar merawat, tetapi turut mendidik masyarakat mengenai penjagaan gigi dan kesihatan mulut dengan cara yang mudah difahami. Tidak hairanlah ramai menjadikan beliau sebagai rujukan dan idola dalam dunia pergigian.

Selain bergelar doktor, Dr Fie juga dikenali sebagai isteri kepada penyanyi dan usahawan terkenal, Nubhan.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, Ahmad Aaffan dan Afzan Nayille, yang melengkapkan kehidupan bahagia mereka.

Menariknya, kejayaan Dr Fie tidak datang begitu sahaja. Beliau datang daripada keluarga berpendidikan tinggi dan berwawasan.

Foto: Facebook Dr Fie Tawfek

Ayahnya, Ahmad Tawfek dan ibunya, Dr Zailah Zainudin, merupakan contoh teladan yang menitikberatkan pendidikan dan nilai ilmu dalam keluarga.

Dr Zailah sendiri merupakan graduan Brock University, Kanada dan pemegang Ijazah Sarjana dalam Pendidikan dari University of Houston, Amerika Syarikat serta memperoleh PhD dalam Pendidikan Sains dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Kini, beliau aktif sebagai Presiden Malaysian Action Research Network (MARNet) dan sering dijemput menyampaikan ceramah, mengendalikan latihan serta program perundingan pendidikan di seluruh negara.