Generasi jimat air makin menyerlah!

Iklan

Empat buah sekolah yang terpilih untuk menyertai siri Jelajah TV PSS Sinar Bestari Bersama Air Selangor X BoBoiBoy, dengan semangat dan tenaga baharu.

Iklan
Iklan

Sekolah-sekolah bertuah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 8(1), SK Bukit Damansara, SK Raja Muda, Shah Alam dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 9(2).

Program yang sarat dengan elemen hiburan, pendidikan dan nilai murni itu mencetuskan keterujaan warga sekolah daripada pelajar yang semakin berani di depan kamera, hingga petah menyampaikan mesej pemuliharaan air dengan gaya tersendiri.

Iklan

Lebih daripada sekadar aktiviti seronok, jelajah yang mempunyai tujuan utama iaitu Peraduan Misi Jimat Air Bersama BoBoiBoy itu membuka ruang kepada pelajar menyerlahkan potensi sebagai generasi kreatif, yakin dan prihatin terhadap alam sekitar.

Jom saksikan bagaimana mereka terus membawa mesej 'setiap titisan air bermakna dengan penuh semangat dan kreativiti!'

Iklan