50,000 murid sertai Yakult Generasi Madani 2025

Iklan
Yanase (enam dari kanan) bersama pemenang utama Anugerah Sekolah Terbaik 2025 dimenangi SMK Seri Manjung, Perak pada Rabu

Inisiatif bersama KPM pupuk kesedaran pemakanan sihat, semangat kerjasama dan kreativiti pelajar

Pengeluar minuman probiotik terkemuka dunia, Yakult Malaysia Sdn Bhd (Yakult) mencatatkan penyertaan lebih 50,000 murid dan guru menerusi Program Yakult Generasi Madani 2025 - Yakult Dance Rope & Misi Sihat Yakult.

Pengarah Urusannya, Hiroki Yanase berkata, inisiatif itu bertujuan mendidik murid tentang kepentingan pemakanan sihat dan penjagaan kesihatan usus, di samping menggalakkan kecergasan fizikal, kreativiti, semangat kerjasama serta pembentukan sahsiah positif.

Iklan
Iklan

Ujar beliau, penganjuran program menerusi kerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) itu juga berjaya menjangkau 50 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara pada tahun ini.

"Ia memberi inspirasi kepada kami apabila melihat semangat dan keterlibatan mereka dalam mempelajari aspek kesihatan sambil berseronok," katanya ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Anugerah Program Yakult Generasi Madani 2025 di Dewan Serbaguna, KPM pada Rabu.

Iklan

Hadir sama Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad yang turut menyempurnakan majlis itu.

Yanase bersama para pemenang Anugerah Program Yakult Generasi Madani 2025 di Dewan Serbaguna, KPM pada Rabu.

Iklan

Menurut Yanase, program tersebut menggabungkan pendidikan kesihatan dengan persembahan kreatif melalui aktiviti 'Yakult Dance Rope'. 

"Kami komited meneruskan kerjasama dengan KPM bagi memperluaskan lagi pelaksanaan program pada tahun hadapan, dengan melibatkan lebih banyak sekolah, murid dan guru seluruh negara," ujarnya.

Majlis penutupan itu turut meraikan pencapaian sekolah cemerlang atas kreativiti sepanjang program termasuk pemenang utama Anugerah Sekolah Terbaik 2025 milik Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Bangi, Selangor dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Manjung, Perak.

Ia diikuti SK Damak Pahang dan SMK Beserah, Pahang sebagai Naib Johan, serta SK St Francis Xavier, Sabah dan SMK Mulong, Kelantan di tempat ketiga.

Beberapa anugerah kategori khas disampaikan iaitu SK Taurid Taud dan SMK Keningau, kedua-duanya dari Sabah, menerima Anugerah Amalan Pemakanan Sihat Terbaik.

SK Damak dan SMK Keningau pula memenangi Anugerah Kerjasama Kantin Terbaik, manakala SK Slim River dan SMK Beserah menerima Anugerah Kuiz Dalam Talian Terbaik.