Langkah berani 85 murid pendidikan khas terokai dunia luar

Iklan
Seramai 85 murid pendidikan khas, 14 guru dan empat pembantu bergambar untuk dijadikan kenangan menyertai penggembaraan menaiki MRT.

Tawa ceria dan wajah penuh keterujaan mewarnai 85 murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Semenyih 2 (Integrasi) apabila menyertai program Eksplorasi Mobiliti & Sensori Pendidikan Khas 2025.

Program ini melibatkan 14 guru dan empat Pembantu Pengurusan Murid (PPM) untuk membantu pelajar menyertai pengembaraan penuh makna ke dua destinasi pilihan iaitu transit aliran massa (MRT) Sungai Jernih dan Jungle Gym di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

Bermula seawal jam 8.30 pagi hingga 3.30 petang itu menyaksikan keseronokan murid pendidikan khas ini untuk meneroka dunia luar dan ia merupakan pengalaman berharga untuk mengetahui tentang mobiliti, orientasi dan kefahaman terhadap persekitaran awam.

Setiap langkah mereka diatur dengan bimbingan guru sekali gus mengajar tentang disiplin, keselamatan dan tanggungjawab ketika berada di luar bilik darjah.

Iklan

Perkongsian yang dilakukan oleh guru bimbingannya, kegembiraan murid jelas terpancar ketika mereka tiba di Jungle Gym iaitu platform yang dipenuhi permainan sensori dan fizikal.

Murid berpeluang merangsang deria, mengukuhkan kemahiran motor kasar, serta membina keyakinan diri dalam suasana yang ceria dan inklusif.

Iklan

Lebih daripada sekadar aktiviti riadah, program ini menjadi wadah untuk memupuk kemahiran sosial dan semangat kerjasama antara murid, guru dan ibu bapa. 

Hubungan erat yang terjalin sepanjang aktiviti menunjukkan bahawa pembelajaran berasaskan pengalaman mampu menyentuh hati dan membentuk keperibadian murid secara menyeluruh.

Inisiatif seperti ini penting dalam usaha melahirkan murid pendidikan khas yang berdikari, berdisiplin dan mampu menyesuaikan diri dengan dunia sekeliling.