Beri peluang murid tonjol bakat semula jadi

Iklan
Penyertaan murid akan menjadi pembelajaran yang bermakna apabila mereka memahami konteks video membawa mesej kepada masyarakat.

Dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan tidak terlalu formal, latihan amali secara berkumpulan membuka ruang besar murid mencuba pelbagai peranan seperti pengacara, jurukamera dan penyunting.

Dengan aktiviti inilah mereka bina keyakinan dan keberanian menonjolkan diri mengikut potensi masing-masing.

Iklan
Iklan

Pengetua Akademi Pendidikan Sinar Bestari, Meen Tahrin berkata, program Jelajah TV PSS Sinar Bestari Bersama Air Selangor X BoBoiBoy bukan sahaja merangsang kreativiti termasuk pemikiran kritis murid, malah memberi dorongan kepada mereka membuat perbincangan, menulis skrip atau merancang kandungan.

Meen Tahrin

Iklan

"Melalui pengalaman inilah kemahiran komunikasi, kerja berpasukan dan penyelesaian masalah semakin kukuh terbina.

"Pemberian kumpulan dilakukan secara rawak dan secara tidak langsung menyuntik minat murid mendalami bidang kewartawanan dan komunikasi digital.

Iklan

"Pihak Air Selangor dan Sinar Bestari sendiri mendedahkan murid kepada nilai murni serta etika kewartawanan yang wajar dipupuk sejak di bangku sekolah," katanya yang juga tenaga pengajar sepanjang program berlangsung.

Untuk rekod, Air Selangor bersama BoBoiBoy telah melawati 12 sekolah di sekitar Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur untuk menyampaikan mesej pemuliharaan air melalui Jelajah TV PSS Sinar Bestari.

Baru-baru ini, Sekolah Kebangsaan Jalan Peel, Kuala Lumpur; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kheow Bin dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sijangkang Jaya masing-masing dari Selangor jadi pilihan.

Ditanya mengenai penglibatan pelajar apabila menyertai Peraduan Misi Jimat Air bersama BoBoiBoy, Meen berkata, penyertaan itu akan menjadi pembelajaran yang bermakna apabila murid memahami konteks video membawa mesej kepada masyarakat.

"Apabila mesej itu sampai dan memberi kesan, pelajar akan rasa dihargai serta yakin bahawa suara mereka juga mampu mencipta perubahan," tambahnya.