Pelajar 'mengembara ASEAN' di Festival @ MAG 2025

Iklan

Pelajar dan keluarga berpeluang merasai pengalaman menyeronokkan di Festival Kanak-Kanak @ MAG 2025, yang berlangsung dari 19 November hingga 31 Disember 2025 di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (BNM MAG).

Tahun ini, festival bertemakan 'Pengembaraan ASEAN' memberi ruang kepada pelajar untuk mengalami sendiri keindahan, tradisi dan kepelbagaian ekonomi negara-negara ASEAN melalui aktiviti interaktif yang penuh keseronokan.

Iklan
Iklan

Dengan pasport permainan (play passport) di tangan, para pelajar 'mengembara' merentasi stesen-stesen yang mewakili setiap negara ASEAN, melengkapkan cabaran, mengumpul setem serta mendalami budaya ASEAN sambil mempelajari asas kewangan seperti pertukaran mata wang, pembayaran rentas sempadan dan dinamik pasaran.

Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah mengasah kemahiran mereka dalam membuat keputusan bijak.

Iklan

Pengarah BNM MAG, Noreen Zulkepli berkata, festival ini disusun khas untuk mencetus imaginasi dan potensi pelajar berumur 7 hingga 17 tahun.

Tahun ini, tumpuan diberikan kepada tiga topik utama iaitu Perihal Wang, Warisan dan Kesedaran Budaya serta Inovasi dan Kelestarian.

Iklan

Melalui permainan interaktif, seni dan teknologi, pelajar dapat meneroka dunia sekeliling mereka dengan cara yang menyeronokkan, sambil memupuk pemikiran kritis dan kreativiti.

Pelajar menikmati pengalaman berdagang dan berbelanja di pasar mini, sesi penceritaan, literasi kewangan, bengkel kitar semula dan kraf kreatif serta stesen interaktif yang menonjolkan ciri unik setiap negara ASEAN.

Mereka berpeluang bekerjasama dalam cabaran berkumpulan atau menonjolkan kreativiti sendiri, menjadikan pengembaraan pendidikan ini gabungan pembelajaran, permainan dan penerokaan budaya yang penuh makna dan menyeronokkan.