Didorong minat terhadap dunia penyiasatan, menjadi faktor semakin ramai pelajar memilih Sains Forensik sebagai kerjaya masa depan. Bidang ini menuntut ketelitian, keberanian dan integriti tinggi dalam usaha mengenal pasti bukti serta membantu proses keadilan.
Di Management & Science University (MSU), pelajar bukan sekadar belajar teori tetapi mengikuti latihan makmal, simulasi penyiasatan dan pendedahan industri yang mencerminkan realiti kerja sebenar.
Pendekatan ini menggabungkan kemahiran teknikal dan insaniah seperti komunikasi serta penyelesaian masalah.
Graduan MSU berpeluang menceburi sektor keselamatan, penyelidikan, kesihatan dan penguatkuasaan undang-undang.
Ikuti perkongsian Sinar Bestari dalam menelusuri dunia unik ini dan melihat bagaimana anak muda membina kerjaya penuh prestij dalam bidang forensik.
Jom kita!