JPN Kedah baik pulih SK Baling segera

Iklan
JPN Kedah memaklumkan tindakan segera telah diambil untuk menyiasat punca kejadian dan melakukan penilaian kerosakan infrastruktur yang terjejas. Gambar JBPM

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah akan melaksanakan kerja baik pulih Sekolah Kebangsaan (SK) Baling yang terlibat kebakaran dengan segera.

JPN Kedah dalam kenyataan memaklumkan tindakan segera telah diambil untuk menyiasat punca kejadian dan melakukan penilaian kerosakan infrastruktur yang terjejas.

Iklan
Iklan

"Kebakaran menjejaskan pejabat pentadbiran, bilik darjah dan tandas namun tiada kecederaan dilaporkan.

"Sebagai langkah jangka pendek, SK Baling akan melaksanakan Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR)," menurut kenyataan itu.

Iklan

JPN Kedah memberi jaminan keselamatan murid dan warga sekolah terus menjadi keutamaan jabatan.

Sebelum ini, bomba mengesahkan menerima laporan kebakaran melibatkan empat bilik darjah dan satu ruang pejabat SK Baling pada 10.46 pagi, namun kejadian tidak melibatkan kecederaan. - Bernama

Iklan