KPM lanjut tempoh pengisian data hingga 5 Disember, tingkatkan pengoperasian sistem MOEIS

Iklan
KPM sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengoperasian MOEIS bagi membantu memudahkan tugas guru selain memastikan kebajikan dan kesejahteraan mereka terpelihara.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melanjutkan tempoh pengisian data Pentaksiran Bilik Darjah dalam Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) hingga 5 Disember depan.

Menurut kenyataan KPM, pihaknya prihatin mengenai kesukaran yang dihadapi guru-guru berkait dengan penggunaan sistem itu.

Iklan
Iklan

KPM memaklumkan pemantauan berterusan terhadap MOEIS melalui platform Application Performance Monitoring (APM) mendapati berlakunya kesesakan serta peningkatan jumlah akses pengguna terhadap Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu.

KPM sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengoperasian MOEIS bagi membantu memudahkan tugas guru selain memastikan kebajikan dan kesejahteraan mereka terpelihara.

Iklan

Sebarang pertanyaan atau aduan mengenai MOEIS boleh dikemukakan menerusi talian hotline 03-8884 3736 atau menggunakan system ICT Service Desk (ISD) di pautan https://isd.moe.gov.my/. - Bernama

 

Iklan